Search This Blog

Tuesday, 25 October 2011

KAMBING BERIANI

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
MALAYSIAN CUISINE

NAMA RESIPI: KAMBING BERIANI
KUANTITI PER __4___ PAX


BAHAN-BAHAN

1          kg        paha kambing (dibersihkan)
250      gm       rempah beriani
150      ml        minyak masak
2          biji        tomato (dibelah 4)
2          btg       serai (diketuk)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan A
10        biji        bawang merah (dimayang)
5          biji        bawang putih (dimayang)

Bahan B
3          ktum    bunga lawang
5          biji        bunga cengkih
5          biji        buah pelaga
2          btg       kulit kayu manis

Bahan C
5     inci       halia (dihiris)
3     biji        cili hijau
3     biji        cili merah

Bahan D
2          btg       daun ketumbar (dikisar)
2          btg       daun bawang (dikisar)
30        gm       pati tomato / tomato puri

Bahan E
50        ml        susu cair
50        ml        santan

Bahan F
20        gm       kismis
20        gm       biji gajus
2          btg       daun ketumbar
2          btg       daun sup

KAEDAH PENYEDIAAN
1.Panaskan minyak dan masukkan bahan A dan B. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
2.Masukkan rempah beriani dan tumis sehingga masak.
3.Kemudian masukkan bahan-bahan C, buah tomato dan juga serai.
4.Masak sehingga naik bau wangi dan kemudian masukkan bahan-bahan D.
5.Selepas itu, masukkan kambing dan kacau sehingga sebati dengan bahan-bahan tadi.   
    Pastikan daging masak.
6.Apabila daging telah masak, masukkan bahan-bahan E dan diikuti bahan F. Biar sehingga 
   mendidih.
7.Perasakan garam dan gula secukup rasa.


No comments:

Post a Comment