Search This Blog

Showing posts with label LOCAL DELIGHT SAVOURI. Show all posts
Showing posts with label LOCAL DELIGHT SAVOURI. Show all posts

Tuesday, 25 October 2011

KARIPAP PUSING


SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
MALAYSIAN CUISINE
LOCAL DELIGHT SAVOURI
NAMA RESIPI: KARIPAP PUSING
KUANTITI PER __20___ PAX




BAHAN-BAHAN
Doh berasaskan air
300 gm tepung gandum
120 gm mentega / margerin
150 ml air sejuk
Doh berasaskan minyak
200 gm tepung gandum
120 gm shortening
½ sudu the garam
Inti
100 gm isi ayam (dipotong kiub)
50 gm bawang besar (dipotong kiub)
300 gm ubi kentang
2 sudu besar serbuk kari
250 ml air
Untuk Rasa
1 sudu teh garam
1 ½ sudu teh gula


KAEDAH PENYEDIAAN
1)    Untuk doh berasaskan minyak, gaulkan shortening bersama tepung gandum dan garam sehingga doh licin dan tidak melekat.
2)    Kemudian buat doh berasaskan air dengan menguli tepung gandum besama margerin dan air sejuk sehingga licin.
3)    Kemudian, ambil doh berasaskan air  canaikan sedikit tetapi jangan besar sangat dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yang besar.
4)    Ambil doh yang telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
5)    Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati-hati semasa mencanai dan biarkan bentuknya lonjong kemudian golong semula seperti gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggulung adalah sebanyak 2 kali di sini).
6)    Doh yang telah di gulung kali kedua kemudian di potong kepada 4 bahagian. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kepada saiz doh yang telah di gulung.
7)    Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
Goreng  di dalam minyak yang banyak sehingga keperangan dan sedia untuk dihidang

SATAR


MALAYSIAN CUISINE
LOCAL DELIGHT SAVOURI
NAMA RESIPI: SATAR
KUANTITI PER __5___ PAX


BAHAN-BAHAN
400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
8 biji buah keras
2 cm halia, dicincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang
150 g kelapa parut putih
garam
1/2 camca gula
1 camt belacan
2-3 biji lada merah, dicincang
1-2 camt serbuk lada
1 helai daun salam, dimayang
1 helai daun kunyit, dimayang
Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

KAEDAH PENYEDIAAN
1)    Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
2)    Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
3)    Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
4)    Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
5)    Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.

KEROPOK LEKOR


SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
MALAYSIAN CUISINE
LOCAL DELIGHT SAVOURI
NAMA RESIPI: KEROPOK LEKOR
KUANTITI PER __8___ PAX



BAHAN-BAHAN
1 kilo ikan kembung/ selayang
500 g tepung kanji/ubi / seeloknya tepung sagu
sedikit garam
beberapa ketul kiub ais/air batu
Air secukupnya

KAEDAH PENYEDIAAN
1)     Asingkan isi ikan dari tulangnya, kemudian tumbuk atau cincang halus-halus.
2)    Sambil tumbuk halus isi ikan tadi masukkan kiub ais tadi sikit demi sikit.
3)    Gaulkan tepung bersama dengan isi ikan tadi sambil masukkan sedikit garam dan air. 
4)    Akhir sekali uli bahan-bahan tadi bentuk kan menjadi bulat memanjang dan rebus kedalam air mendidih. bila dah timbul angkat , sejukkan sebelum digoreng.

SAMOSA


SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
MALAYSIAN CUISINE
LOCAL DELIGHT SAVOURI
NAMA RESIPI: SAMOSA
KUANTITI PER __5___ PAX



BAHAN-BAHAN
Kulit popia saiz besar secukupnya
Minyak untuk menggoreng 

 INTI
1 cawan daging kisar
500g ubi kentang-potong dadu
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar rempah kari
garam secukupnya
gula secukupnya
1 tangkai daun kari (optional)
sedikit minyak untuk menumis

KAEDAH PENYEDIAAN

Sediakan Inti
1)    Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
2)    Masukkan rempah kari biar sehingga garing
3)    Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
4)    Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
5)    Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
6)    Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
7)    Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
8)    Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas

MURTABAK


SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
MALAYSIAN CUISINE
LOCAL DELIGHT SAVOURI
NAMA RESIPI: MURTABAK
KUANTITI PER __10___ PAX


BAHAN-BAHAN
KULIT MURTABAK: (lihat resepi roti canai) 

INTI MURTABAK:
300g mince meat
2 bawang besar-potong dadu
3 bawang putih-potong dadu
4 sb rempah kari
Garam dan perasa secukupnya
**1 bawang-potong nipis-nipis
**6 biji telur-atau secukupnya 

KUAH BAWANG:
*1 bawang besar (atau bawang merah)-potong nipis-nipis
*cuka, gula,garam,air, color merah- secukupnya
Campurkan semua bahan diatas *. dan rasa.

KAEDAH PENYEDIAAN

Inti Murtabak
1)    Tumis bawang, bawang putih, daging kisar, rempah kari dan perasa. Masak sehingga kering
2)    Bila bahan sudah suam, campurkan bahan ** kacau hingga sebati
3)    Tebarkan doh roti, atau tarik nipis-nipis, masukkan sedikit inti dan lipat
4)    Goreng dengan api perlahan sehingga masak.

Monday, 24 October 2011

ROTI TELUR


SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
MALAYSIAN CUISINE
LOCAL DELIGHT SAVOURI
NAMA RESIPI: ROTI TELUR
KUANTITI PER __2___ PAX


BAHAN-BAHAN
1 ½    cawan tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
secubit garam
½  - 1 cawan air
1 sudu besar minyak/marjerin/mentega
marjerin/mentega-untuk salutan
3 biji telur – dipukul (gunakan 1 biji telur untuk 2 keping roti canai)
Minyak-untuk menggoreng

KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Campurkan tepung, garam dan susu pekat. Gaul sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung hingga doh tidak melekat di tangan.
  3. Masukkan pula minyak/marjerin/mentega. Uli hingga menjadi doh yang lembut.(Jika doh lembik, tambahkan sedikit tepung)
  4. Tutup doh dengan kain lembab/´cling film´ selama 30 minit.
  5. Bahagikan doh tadi kepada 6 bebola kecil. Salutkan setiap bebola kecil tadi dengan marjerin/mentega. Simpan beberapa jam sebelum digunakan.
  6. Sapukan minyak/mentega di meja kerja dan di tangan. Ambil sebiji bebola, leperkan dan tebar/tarik menjadi bentuk 4 segi. Letakkan telur yang telah dipukul di tengah-tengah. Balutkan.
  7. Goreng dengan api sederhana dengan sedikit minyak sambil dibalik-balikkan hingga masak.

ROTI SARDIN


SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
MALAYSIAN CUISINE
LOCAL DELIGHT SAVOURI
NAMA RESIPI: ROTI SARDIN
KUANTITI PER __2___ PAX


BAHAN-BAHAN
Doh roti canai yang sudah siap diuli
1 tin Sardin
1 biji Bawang besar (dipotong dadu)
Minyak untuk menumis
1 sudu kecil Garam

KAEDAH PENYEDIAAN
1)    Tumis bawang besar sehingga naik bau.
2)    Masukkan sardine bersama kuahnya. Masak sehingga naik mereneh.Perasakan dengan garam.
3)    Angkat dan ketepikan inti sardin dan bawang tersebut.
4)    Uli dan tebarkan doh roti canai biasa.
5)    Masukkan inti sardine dan bawang tadi ke atas doh roti canai yang sudah diletakkan diatas kuali leper dan lipat untuk menutup inti tadi. Masak sehingga sedikit keperangan dan sedia untuk dihidang.

Saturday, 22 October 2011

OTAK-OTAK


SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
MALAYSIAN CUISINE
LOCAL DELIGHT SAVOURI
NAMA RESIPI: OTAK-OTAK
KUANTITI : 6 - 8 PAX





BAHAN-BAHAN
 250 gm ikan tengiri
250 gm udang (dibersihkan belakangnya)
1 labu bawang besar (dicincang halus)
2 biji telur (dipukul)
1 biji kelapa (diparut dan diambil santan pekat)
1 sudu besar gula
1 sudu besar garam
½ sudu the sebbuk perasa
4 helai daun kunyit (dihiris)
4 helai daun limau purut
30 helai daun pisang 16cm x 18cm
1 cm kuniyt hidup
2 camca besar serbuk cili
5 biji cili merah
3 batang serai
2 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
½ belacan
Sedikit lengkuas

KAEDAH PENYEDIAAN
1)                   Potong ikan dan buangkan tulangnya.
2)                  Kisar ikan dan udang hingga lumat, keluarkan dari pengisar dan masukkan garam.
3)                  Masukkan bawang, telur dan bahan-bahan yang telah ditumbuk serta kacaukan.
4)                  Masukkan santan, gula, daun kunyit dan limau limau purut. Gaulkan sehingga sebati.
5)                  Layurkan daun pisang diatas api supaya lembut.
6)                 Letakkan adunan itu diatas daun pisang (5-7 sudu bagi setiap bahagian) dan lipatkan. Matikan setiap hujung lipatan daun pisang dengan menggunakan lidi.
7)                  Bakar diatas dapur arang atau griller.