Search This Blog

Tuesday, 25 October 2011

KARIPAP PUSING


SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
MALAYSIAN CUISINE
LOCAL DELIGHT SAVOURI
NAMA RESIPI: KARIPAP PUSING
KUANTITI PER __20___ PAX




BAHAN-BAHAN
Doh berasaskan air
300 gm tepung gandum
120 gm mentega / margerin
150 ml air sejuk
Doh berasaskan minyak
200 gm tepung gandum
120 gm shortening
½ sudu the garam
Inti
100 gm isi ayam (dipotong kiub)
50 gm bawang besar (dipotong kiub)
300 gm ubi kentang
2 sudu besar serbuk kari
250 ml air
Untuk Rasa
1 sudu teh garam
1 ½ sudu teh gula


KAEDAH PENYEDIAAN
1)    Untuk doh berasaskan minyak, gaulkan shortening bersama tepung gandum dan garam sehingga doh licin dan tidak melekat.
2)    Kemudian buat doh berasaskan air dengan menguli tepung gandum besama margerin dan air sejuk sehingga licin.
3)    Kemudian, ambil doh berasaskan air  canaikan sedikit tetapi jangan besar sangat dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yang besar.
4)    Ambil doh yang telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
5)    Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati-hati semasa mencanai dan biarkan bentuknya lonjong kemudian golong semula seperti gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggulung adalah sebanyak 2 kali di sini).
6)    Doh yang telah di gulung kali kedua kemudian di potong kepada 4 bahagian. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kepada saiz doh yang telah di gulung.
7)    Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
Goreng  di dalam minyak yang banyak sehingga keperangan dan sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment