Search This Blog

Tuesday, 25 October 2011

NASI BERIANI


SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
MALAYSIAN CUISINE

NAMA RESIPI: NASI BERIANI
KUANTITI PER __10___ PAX


BAHAN-BAHAN

2          kg        beras basmathi (dicuci dan ditoskan)
2          liter      air
1          tin        susu cair
100      gm       rempah briyani (dijadikan pes)
10        cmb     minyak sapi
15        ulas      bawang merah (dimayang halus)
7          ulas      bawang putih (dimayang halus)
5          cm       halia (dimayang halus)
1          cmt      pewarna kuning
2          helai     daun pandan
250      gm       yoghurt
2          cmb     air mawar

Bahan A
2          btg       kulit kayu manis
3          biji        bunga lawang
5          biji        buah pelaga
5          biji        bunga cengkih

Bahan B
100      gm       kacang gajus (digoreng kekuningan)
50        gm       kismis hitam
50        gm       bawang goreng
50        gm       daun ketumbar
50        gm       daun pudina

KAEDAH PENYEDIAAN


1.Panaskan minyak sapi.
2.Tumiskan bahan yang telah dimayang halus sehingga naik bau dan kekuningan.
3.Kemudian masukkan pes rempah briyani, tumis sehingga pecah minyak.
4.Selepas itu, masukkan bahan A, air, susu cair, yoghurt, air mawar, daun pandan dan garam 
   secukup rasa. Kacau.
5.Masukkan pula beras dan kacau sehingga rata.
6.Selepas air beras kering, perlahankan api dan tutup periuk dengan rapat.
7.Apabila nasi telah masak, gaulkan nasi dengan titisan pewarna kuning dan juga dengan 
   bahan B.
8.Tutup semula periuk tersebut untuk selama lebih kurang 8 – 10 minit lagi.
9.Selepas itu nasi boleh dihidangkan.


No comments:

Post a Comment