SIJIL
MODULAR KEBANGSAAN
MALAYSIAN
CUISINE
NAMA
RESIPI: PURI DAN KUAH DAL
KUANTITI
PER __4___ PAX
BAHAN-BAHAN PURI
1 cwn tepung
gandum
½ cwn tepung
serbaguna
¼ cmt garam
Minyak sayuran
Air suam (suhu bililk)
BAHAN-BAHAN KUAH DAL
1 cwn kacang dal
2 btng
lobak merah (dipotong kasar)
1 biji
terung (dipotong kasar)
2 biji
kentang (dibelah dadu)
1 cmb
serbuk kunyit
3 biji
cili hijau (dipotong besar)
3 cmb minyak (untuk menumis)
garam & gula sesedap rasa
Bahan
A
1 inci
halia (dimayang)
3 biji
bawang putih (dimayang)
5 biji
bawang kecil (dimayang)
1 tkai
daun kari
5 biji
bunga cengkih
3 ktum
bunga lawang
1 btg
kulit kayu manis
1 cmt
biji sawi
KAEDAH
PENYEDIAAN PURI
1.Campurkan tepung gandum, tepung
serbaguna, 1 camca teh minyak sayuran dan garam
di dalam mangkuk.
2.Gaul
dan uli campuran tadi sehingga menjadi doh. Masukkan air sedikit demi sedikit
ketika menguli. Uli doh sehingga kenyal agar doh tersebut mudah digelek.
3.Uli
doh antara 8 – 10 minit dan kemudian rehatkan antara 15 – 25 minit.
4.Selepas
itu, uli doh tersebut menjadi doh-doh kecil sebesar biji bola ping pong.
5.Gelek
doh-doh kecil tersebut menjadi kepingan bulat berdiameter 3 inci.
6.Kemudian
goreng di dalam minyak panas yang banyak.
7.Apabila
kepingan doh tadi / puri telah menggelembung dan kekuningan, bolehlah
diangkat
dan ditoskan minyaknya sebelum dihidang.
KAEDAH PENYEDIAAN
KUAH DAL
1.Rebus
kacang dal di dalam periuk. Apabila mendidih masukkan serbuk kunyit. Kacau.
2.Apabila
kacang dal dah agak empuk, masukkan lobak merah dan kentang ke dalam
rebusan
dal tersebut. Teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
3.Kemudian
masukkan pula terung dan cili hijau. Teruskan merebus lagi sehingga terung
masak.
4.Di
dalam kuali yang lain, panaskan minyak.
5.Kemudian
tumiskan bahan A sehingga layu dan naik bau. Kemudian curahkan ke dalam
rebusan
dal tadi.
6.Rasakan
garam dan gula secukupnya. Tutup api.
No comments:
Post a Comment